Thursday, August 25, 2011
Pak Nil Rai 400 anak-anak yatim
Kesibukan tugas, tidak menghalang selebriti popular, Aznil Nawawi, menghiburkan lebih 400 kanak-kanak kurang bernasib baik.
Majlis anjuran Permanis Sdn Bhd hari ini, turut disertai rakan-rakan setugasnya dari Radio Era, iaitu Ray, Dina, Shac dan Haniff.
Sebanyak tujuh buah rumah kebajikan menyertai program ini, antaranya Rumah Titian Kaseh, Openhands Fellowship, Asrama Baitul Ummah, Kompleks Kebajikan Rukhaiyah, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Rumah Anak Kesayanganku.
Aznil yang dikenali sebagai Pak Nil di kalangan kanak-kanak, meluahkan rasa sangat teruja dapat menjayakan program murni seperti itu. Apatah lagi, ia juga sebahagian dari program Merisik Khabarnya bersama Era FM.
“Saya amat berbesar hati kerana Revive Isotonik dan Pepsi masih sudi bekerjasama dengan ERA fm untuk menjayakan kempen ini. Jika tahun lepas, kami berjaya membantu tujuh individu dan keluarga, pada tahun ini kami dapat membantu lebih ramai orang.
“Sebanyak 21 kes medapat perhatian kami. Merisik Khabar Edisi Ramadan kali ini, mempunyai impak lebih besar terhadap masyarakat berbanding tahun lepas,”katanya.
Penolong pengurus Rumah Anak Kesayanganku, Puan Zahrati Borhan, turut meluahkan ucapan terima kasih kepada pihak Era dan Permanis yang menjemput mereka dalam majlis tersebut.
“Kanak-kanak ini sangat gembira dan teruja apabila menerima jemputan untuk berbuka puasa, terutamanya apabila diberitahu mereka bakal berjumpa dengan Aznil Nawawi!,” katanya.
Selain anak-anak yatim, Merisik Khabar turut menghulurkan bantuan kepada keluarga kurang kemampuan. Antara penerima bantuan tersebut ialah, Mohd Anuar Hisham Yahaya, 44 tahun, seorang bekas mekanik yang cacat dan suri rumah, Siti Hazlia Hamzah. Masing-masing menerima bantuan kewangan berjumlah RM3,000 yang diharap dapat meringankan beban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: