Penyanyi kecil molek Mila Jirin akan mewakili negara dalam Golden Talent- International POP TV Performers di Batumi, Georgia pada 7 hingga 11 September ini. Untuk menyertainya Mila terpaksa mengorbankan kemeriahan sambutan hari raya di kampung halamannya Pulau Pinang. Mila akan berangkat ke sana pada awal pagi 1 September kerana banyak perkara yang perlu dilakukan kerana pertandingan itu disiarkan secara langsung di televisyen sana dan rakamannya pula akan ditayangkan di 23 buah stesen beberapa negara. "Tak apalah tak dapat beraya pun kerana saya anggap peluang ini sebagai langkah terbaik saya untuk mempromosikan diri di Eropah kerana saya dalam proses merakam album berbahasa Inggeris. Saya anggap pertandingan ini sebagai batu loncatan buat saya. "Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana saya terpilih. Sebenarnya pihak penganjur yang menawarkan saya bertanding. Mereka ada komunikasi dengan saya selepas saya menyertai pertandingan Voice of Asia di Bulgaria dulu. "Mereka menyediakan makan minum dan penginapan sahaja kepada peserta dan rombongan, tapi tiket penerbangan tidak ditaja. Sebab itulah saya mengusulkan kepada pihak MBSB. Alhamdulillah mereka berminat untuk menaja saya dan krew untuk ke sana nanti," kata Mila dalam majlis mengumumkan MBSB sebagai penaja di Kuala Lumpur semalam. Pertandingan itu dianjurkan oleh Georgian Art Festival dan World Association of Festivals and Artiste (WAFA). Sebanyak 23 penyanyi dari 23 negara akan mengambil bahagian, antaranya Turki, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Thailand dan banyak lagi negara-negara Eropah. Artis antarabangsa Shontele, Amerie dan Blue diundang mengadakan persembahan."Satu lagi yang menariknya, saya difahamkan banyak peserta kali ini lahir daripada pertandingan realiti di negara mereka. Saya seronok kerana turut lahir daripada program realiti," kata juara Akademi Fantasia 5 itu. Sementara itu Ketua Bahagia Perniagaan Runcit MBSB, Azman Aziz berkata pihaknya sedia bekerjasama menaja Mila kerana mahu melihat bakat negara ini berkembang ke luar negara. Mereka sentiasa menyokongnya. "Sebagai syarat penajaan, kita ada beberapa komitmen dengan Mila selepas ini. Kalau segala-galanya berjalan lancar, kami akan berbincang dan tak mustahil untuk kami melantik Mila sebagai duta MBSB melalui Kelab Simpanan Cheeky. Sebelum ini pun kami dah banyak kali undang Mila untuk majlis berkaitan promosi Cheeky," katanya. Mila akan menyanyikan lagu Kasih Yang Terdampar untuk persembahan malam pertama yang mensyaratkan peserta menyanyikan lagu dari negara masing-masing. Dia mengubahsuai muzik untuk memasukkan elemen muzik Malayu, Cina dan India. Pada malam kedua yang mensyaratkan peserta menyanyi lagu Inggeris, Mila pilih medley lagu-lagu Benny and The Jets dan Listen nyanyian Elton John dan Beyonce. "Saya harap dapat menghadiahkan sesuatu kepada negara," kata Mila. |
Friday, August 26, 2011
Mila korban raya demi negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: