Sunday, August 28, 2011

18 tahun umur dibenarkan berkahwin


PERKAHWINAN sewajarnya memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak baik lelaki dan wanita. - Gambar hiasan


DALAM pada itu, menurut perspektif Islam, perkahwinan kanak-kanak bawah umur dibolehkan kerana terdapat nas berkaitan perkara tersebut sama ada daripada al-Quran, Sunnah dan ijma' ulama.

Timbalan Presiden Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang ketika dihubungi berkata, jika diimbau sejarah, junjungan besar Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berkahwin dengan Saidatina Aishah r.a yang baru berusia sembilan tahun ketika itu.

"Namun, harus diingat Baginda melayan isterinya yang masih kanak-kanak itu dengan cara sewajarnya tanpa mengakibatkan sesuatu yang buruk pada Aishah.

"Berlainan dengan dunia masa kini, perkahwinan pada usia muda tidak wajar dilakukan memandangkan kepentingan pendidikan lebih diutamakan demi masa depan anak-anak perempuan," katanya yang mengakui statistik isu tersebut di Malaysia masih terlalu rendah.

Tambah beliau, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang digubal selepas merdeka memperuntukkan usia minimum 18 tahun untuk berkahwin dan mereka yang belum mencecah usia tersebut perlu memohon kepada Mahkamah Syariah jika mahu berkahwin.

"Jika hakim syariah memberi kebenaran bertulis selepas meneliti permohonan yang dibuat dengan sebaik-baiknya, barulah perkahwinan itu boleh dilakukan oleh wali kanak-kanak atau remaja perempuan terbabit.

"Semua ini bertujuan untuk memastikan semua pihak terutama perempuan yang ingin dikahwini mendapat perlindungan dan jaminan sewajarnya," tutur Musa lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: