Ramai selebriti enggan mendedahkan anak-anak mereka kepada dunia seni semasa masih kecil. Mereka lebih cenderung menjauhkan mereka kerana mahu melihat anak-anak membesar sebagaimana kanak-kanak biasa. Tapi lain halnya dengan pelakon Eizlan Yusof yang tidak menganggapnya sebagai satu masalah. Anaknya, Vie Zaara, 3, sudah mula terlibat dalam dunia peragaan. Bukan meminta-minta peluang sebaliknya ada agensi yang berminat dan meminta anaknya untuk menjalani uji bakat. "Saya lihat dia boleh memberi kerjasama dan tidak malu-malu untuk beraksi depan kamera, jadi kami menggalakkannya."Lagi pun ibunya memang tak bekerja jadi boleh menguruskan Zaara di lokasi penggambaran itu. "Agensi itu adalah agensi yang sama mengundang saya dan isteri berlakon dulu. Saya dah tahu cara kerja mereka, jadi bila mereka minta, saya tak fikir panjang" kata Eizlan. Eizlan masih ligat berlakon dan menguruskan perniagaan berkaitan arang batu di luar negara melalui syarikatnya Blackstone Dagangan. Urusan itu memerlukan dia kerap berulangalik ke Kalimantan, Indonesia kalau ada urusan di sana. "Sekarang keluarga semakin besar jadi kena kerja kuatlah," kata Eizlan kepada Mangga Online. Seorang lagi anaknya, Zareef Yusof baru berusia setahun. Raya di KL dan Sabah Sebagaimana tahun-tahun lalu, Eizlan akan berhari raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu. Pada hari raya kedua barulah dia sekeluarga ke Sabah untuk berhari raya di rumah keluarga isterinya, Vie Shanty. "Hari raya ini kita lebih utamakan anak-anaklah. Sebagai bapa, saya mahu memenuhi keperluan anak-anak," jelasnya lagi. |
Friday, August 26, 2011
Eizlan galak anak berlakon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: