Thursday, August 25, 2011
Baju Melayu jenama Zizan Nin
Jika anda masih tercari-cari persiapan hari raya, terutamanya kaum lelaki yang ingin membeli baju Melayu, mungkin anda boleh menjadikan jenama Zizan Nin sebagai pilihan.
Ini kerana, sejak Ramadan bermula, pelakon kacak itu, mula berjinak-jinak dalam perniagaan baju Melayu yang menggunakan label dengan namanya sendiri.
Menurut Zizan, idea menjenamakan pakaian kebangsaan itu, tercetus apabila melihatkan permintaan tinggi terhadap baju Melayu yang sering dipakai ke pelbagai majlis.
“Baju Melayu ini, dijual di butik rakan perniagaan saya, K- Maria di Kota Damansara dengan harga berpatutan iaitu dari RM180 hingga RM250.
“Saya memilih sendiri fabrik berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan cita rasa semasa, sementara rekaannya lebih banyak ditentukan oleh rakan saya,” katanya.
Menurut Zizan, jika tiada aral melintang, dia berhasrat mahu menjual baju kemeja jenama sendiri pula selepas Aidilfitri kelak.
Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri, Zizan berkata, dia akan beraya bersama keluarga isterinya, Fazilah Hani Harun, di Ampang pada hari raya pertama.
“Hari raya kedua, baru saya pulang ke kampung di Kuala Selangor pada hari raya kedua untuk menziarahi kubur arwah emak.
“Sudah dua tahun dia kembali ke rahmatullah dan saya amat merindukannya. Selain itu, saya juga akan membawa ayah beraya di Kuala Lumpur,” katanya.
‘Seram’ berlakon Tanda Putera
Dalam pada itu, Zizan sempat berkongsi pengalamannya ketika berlakon filem Tanda Putera arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.
Menurut Zizan, dia berasa ‘seram’ apabila berpeluang menjayakan watak berprofil tinggi iaitu sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail.
“Bukan mudah membawakan watak tokoh hebat, apatah lagi banyak babak yang Shuhaimi tegur tentang lakonan.
“Selain melakukan sendiri rujukan watak di Perpustakaan Negara, saya berpeluang berjumpa anak beliau iaitu Taufiq untuk mendapatkan maklumat tambahan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seram tai kaula setakat berlakon jadi PM je pn
ReplyDelete