Wednesday, August 24, 2011

Seleksi Frappuccino Starbucks


PENGGEMAR ar kopi ais kisar boleh memilih minuman Soy Chocolate Cream Frappuccino yang menyelerakan.


SETIAP orang mempunyai cita rasa tersendiri apatah lagi apabila ingin menikmati minuman kopi kegemaran mereka.

Dalam memberi pilihan kepada pelanggan-pelanggan, jenama minuman kopi terkenal, Starbucks membuka peluang kepada penggemar minuman kopi memilih bahan yang ingin dimasukkan ke dalam Frappuccino kegemaran mereka.

Melalui promosi However You Want It Frappuccino, penggemar kopi ais kisar boleh memilih minuman Soy Chocolate Cream Frappuccino yang menyelerakan dengan hiasan krim putar di atasnya dan sos coklat.

Lebih menarik, pelanggan boleh memilih sama ada ingin menggunakan susu rendah lemak ataupun susu soya dalam penyediaan minuman kegemaran mengikut cita rasa mereka.

Selain daripada Soy Chocolate Cream Frappuccino, penggemar minuman kopi juga boleh mencuba Extra Coffee Java Chip Frappuccino yang mempunyai sos coklat pahit manis.

Minuman yang menggunakan biji kopi panggang Starbucks Frappuccino itu dicampur cip Java bersama krim putar di atasnya dan sos coklat.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Berjaya Starbucks Coffee, Sydney Quays berkata, memesan minuman seperti yang dikehendaki pelanggan merupakan salah satu perkara penting dalam merasai pengalaman di Starbucks.

"Kali ini kita menawarkan pelanggan menggantikan susu dengan susu soya mengikut cita rasa mereka," katanya.

Selain dua minuman tersebut, penggemar jenama Starbucks juga boleh mencuba Starbucks Tanzania yang mempunyai aroma bunga-bungaan dan sitrus.

Mereka juga boleh mencuba biskut coklat Banana L'Opera dan pencuci mulut Noir yang kaya dengan coklat sehingga membuatkan setiap kunyahan begitu mengujakan selera.

Promosi yang bermula sejak 2 Ogos lalu itu akan berakhir pada 12 September ini.

Keterangan lanjut mengenai produk Starbucks boleh layari laman web www.starbucks.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: