|
| Banyak pilihan fesyen beg tangan eksklusif boleh disuai padankan di pagi hari raya nanti. |
PERSIAPAN raya bagi kaum Hawa tidak hanya terhad kepada menyediakan baju baharu, malah ia turut merangkumi pelbagai aksesori lain seperti kasut, beg tangan, beg duit dan sebagainya.
Jika anda lihat hari ini, terdapat pelbagai pilihan daripada pelbagai jenama untuk 'memeriahkan' lagi pagi Syawal anda.
Salah satu jenama yang turut menyediakan koleksi hari raya ialah Alfio Raldo dan AR.
Untuk koleksi Alfio Raldo, begitu banyak pilihan fesyen eksklusif yang boleh disuai padankan di pagi hari raya nanti.
Koleksi yang begitu klasik dan elegan ini sesuai digayakan untuk semua acara. Ia bukan sahaja sungguh anggun, malah menarik dengan adunan warna mewah dan klasik.
Semua koleksi raya Alfio Raldo adalah pilihan fesyen yang dinanti-nantikan kerana koleksi-koleksi yang ditampilkan bukan sahaja direka untuk disuai padankan untuk baju kurung di pagi raya, malah ia juga boleh dipakai ke semua acara seperti rumah terbuka, majlis rasmi dan juga acara santai.
Kasut yang menjadi fesyen terkini seperti wedges, tumit tinggi, sandal, sneakers dan loafers pasti membuatkan anda berasa lebih yakin dengan ayunan langkah penuh bergaya.
Tidak dilupakan juga adalah pilihan untuk beg tangan, tote bag, handheld dan juga koleksi eksklusif dompet yang hebat untuk dipadankan dengan tas tangan.
Harga tidak menjadi ukuran kerana koleksi yang begitu menawan dengan buatan yang begitu teliti akan membuatkan anda berasa amat dihargai.
Kualiti produk Alfio Raldo tidak boleh disangkal lagi kerana ia bukan sahaja diperhalusi dengan jahitan yang amat sempurna, malah ia diperbuat daripada kulit yang bermutu tinggi.
Setiap barangan yang dihasilkan akan diperhalusi supaya ia menepati kualiti yang dikehendaki oleh jenama Alfio Raldo.
Berlainan pula dengan himpunan koleksi AR. Ini kerana ia mengetengahkan warna-warna segar seperti kuning, merah jambu, biru dan hijau sekali gus kelihatan begitu sempurna digayakan mengikut tema.
Dengan koleksi ini, anda akan nampak lebih ceria, riang dan berasa lebih remaja di samping memperoleh semangat baru menyambut hari raya.
Dengan koleksi terbaharu ini juga, sudah pasti gaya anda lebih menyakinkan.
Misalnya, warna merah, ia bukan sahaja boleh dipakai untuk majlis-majlis tertentu tetapi koleksi AR yang terbaharu ini menyakinkan si pemakai untuk bergaya ke semua jenis acara.
Kepuasan dalam bergaya pasti akan terpancar pada wajah dengan padanan baju, kasut dan juga beg tangan daripada koleksi AR ini.
Tidak perlu mencari pereka gaya untuk memadankan kasut dan beg tangan kerana koleksi AR menyediakan semuanya. Hanya pilih padanan yang diingini, anda pasti akan menjadi tumpuan.
Selain itu, jenama ini kelihatan sungguh teratur dengan padanan kasut dan beg tangan mengikut warna, corak dan acara. Setiap koleksi yang ditampilkan nampak eksklusif dengan gaya ranggi dan menawan.
Selain menawarkan harga yang berpatutan, jenama AR juga menampilkan koleksi yang segar dan menawan. Kini, anda akan mendapat lebih banyak pilihan menarik untuk dipakai ke pejabat, majlis rasmi atau membeli-belah, selain menonton wayang.
Warna-warna ceria ini pasti akan menarik perhatian sesiapa yang memandang terutamanya si jejaka di luar sana.
Sungguh teratur dengan gaya yang mempesona, keyakinan pasti akan lebih terserlah dengan koleksi Alfio Raldo dan AR.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: