| Berita pasal perancangan perkahwinan Yusry KRU dan pelakon Lisa Surihani pada tahun depan sebagaimana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian (bukan daripada Kumpulan Utusan) hanya salah faham semata-mata. Yusry dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan oleh pihak KRU hari ini bagaimanapun mengakui hubungannya dengan Lisa semakin serius. Namun buat masa ini mereka masih belum berbincang tentang isu perkahwinan.
"Walaubagaimanapun Yusry mengakui bahawa hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin," kata abang Yusry, Norman Abdul Halim menerusi satu kenyataan ahkbar hari ini. Dia juga berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan akhbar tersebut. "Yusry memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa di atas kenyataan (berita) tersebut. Insya-Allah pada masa akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry dan Lisa, pihak kami akan memaklumkan kepada semua pihak," kata Norman. Lisa yang ditermui dalam satu majlis anjuran Astro di Saloma Bistro, Kuala Lumpur malam ini memohon maaf kerana tidak mahu memberikan kenyataan kerana dia tahu pihak KRU ada mengeluarkan kenyataan akhbar. Dia tidak mahu berlaku percanggahan sekiranya mengeluarkan apa-apa kenyataan. Lisa tidak mahu lari malah sedia memberikan kenyataan selepas ini malah dia juga sanggup untuk bersama-sama Yusry dalam majlis tersebut sekiranya ia diperlukan. Difahamkan Yusry sekarang berada di Bangkok, Thailand kerana urusan kerja. |
Tuesday, August 16, 2011
Kahwini Lisa 2012: Hanya salah faham-Yusry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Berikutan pendedahan itu Yusry dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan mengenai berita tersebut. Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: