Tuesday, August 16, 2011

Ibu larang Izara keluar di bulan ramadhan

Dia masih baru dalam industri ini, jadi tidak hairanlah jika masih ada yang belum mengenali sepenuhnya siapa empunya diri bernama Izara Aishah ini. Memulakan kerjaya dalam bidang hiburan dengan memasuki program Dewi Remaja tahun lalu, Izara kemudiannya mula ditawarkan berlakon dalam sebuah drama, Kerana Mu Lalila untuk TV3.

Menyambut kedatangan Ramadhan pertama sebagai seorang artis, jelas Izara tidak banyak perbezaan antara dirinya dahulu dan sekarang. hanya tahun ini dia terpaksa meluangkan masa di lokasi penggambaran.

"Kalau tahun-tahun sebelum ini, ibu melarang saya keluar pada bulan Ramadhan, nampaknya tahun ini tidak lagi. Saya terpaksa juga keluar untuk mengabiskan beberapa penggambaran drama.

"Ibu melarang bulan disebabkan beberapa sebab yang memudaratkan, tetapi kerana mahu saya menghormati kedatangan bulan ini sahaja.

"Saya gembira dengan tugas saya sekarang dan saya sudah bersedia dengan untuk menghadapi segala dugaan yang datang. Walaupun sibuk, adakalanya saya masih luangkan masa bersama kawan-kawan saya untuk lepak-lepak bersama mereka,"jelas Izara.

Bercerita tentang raya pula, dia masih belum pasti untuk pulang ke mana tahun ini.

"Kebiasaannya saya akan balik ke Johor, tapi untuk tahun ini masih belum pasti lagi. Persiapan raya juga masih belum dibuat dan masih belum merancang untuk bercuti berapa lama,"luahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: