|
Pelakon jelita Rozita Che Wan meneruskan tradisi pulang beraya di kampung keluarganya di Alor Star, Kedah tahun ini. Sebagaimana tahun-tahun lalu, itulah destinasinya kerana tiada rumah mertua untuk dikunjunginya. Namun tahun ini rona sepi mula terasa kerana kakak (Rahimah) dan adiknya pelakon Ayu Raudhah sudah berkahwin. Pastinya tahun ini mereka ke rumah keluarga mertua masing-masing. ![]() Menunggu lelaki yang sesuai dan serasi. "Keluarga saya ada ramai wanita, jadi meriahkan sambutan kalau semua ada. Kami bersembang ramai-ramai dan bergelak ketawa. Rumah kami juga seringkali ramai tetamu baik saudara mara ataupun peminat yang datang beraya. "Mulanya saya merancang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Mekah, tapi sebab tahun ini giliran anak beraya dengan saya, saya harus membawa mereka pulang beraya di kampung. "Saya harap inilah tahun terakhir saya beraya sendirian," kata Rozita membayangkan mahu berumahtangga lagi menjelang hari raya tahun depan. Rozita mengaku ada lelaki yang sedang berkawan dengannya namun dia tak tahu sejauh manakah hubungan mereka akan berakhir. Sememangnya dia menantikan seorang lelaki yang boleh membuka hatinya untuk kembali menjadi isteri. Malah itulah antara doa yang dipanjatkannya semasa mengerjakan umrah selama dua minggu awal Ramadan lalu. ![]() Doakan Shahir bahagia... Tukar imej bertudung? Rozita muncul dalam majlis pelancaran saluran baru Astro dan prebiu program raya Astro di Saloma Bistro, Kuala Lumpur semalam dengan imej bertudung. Adakah wanita itu sudah menukar imej dan berhijrah? "Tidak...belum lagi. Saya baru balik daripada mengerjakan umrah semalam, jadi saya terus pakai. Di sanakan setiap masa kita pakai tutup kepala, jadi rasa janggal pula tiba-tiba nak buka. "Saya masih ada penggambaran yang tertunda yang memerlukan saya mengikut konti, jadi saya tidak bertudung lagilah," jelas Rozita. Dia kini sedang meneruskan penggambaran sebuah drama di sekitar Kuala Lumpur yang dijangkakan selesai beberapa hari sebelum Hari Raya. Dia akan bercuti sempena raya nanti selama seminggu. Lima hari selepas raya dia akan meneruskan penggambaraan drama bersiri Kiah Pekasam 3 di Perlis. Drama itu terbitan Zeel Production. "Nasib baik penggambaran dilakukan di Perlis, tidaklah nanti lalui kesesakan jalan raya untuk pulang ke Kuala Lumpur," kata Rozita. Apa cerita Shahir? Terlanjur berbicara dengan Rozita, tak sah rasanya kalau tak tanya pasal Shahir, juara AF8 yang kini menghilang dan mengatakan hasrat mahu bersara daripada bidang nyanyian. Banyak spekulasi yang timbul, malah ada yang mengatakan faktor cintanya tak berbalas oleh Rozita sebagai salah satu punca. "Tak adalah...," kata Rozita apabila namanya disebut-sebut sebagai penyumbang kepada keputusan Shahir itu. Namun Rozita berharap Shahir selesa dengan keputusan yang dibuatnya itu dan mendoakan agar dia gembira dengan apa sahaja yang dilakukannya dan dia percaya keputusan itu dibuat untuk memberi jalan terbaik untuk Shahir. "Tapi sayang juga dengan bakatnya yang ada dalam bidang nyanyian. Saya rasa dia memang berminat dengan bidang nyanyian, sebab itulah dia hadir uji bakat masuk AF dulu," kata Rozita. |
Tuesday, August 16, 2011
Rozita mula rasa sepi raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: