Thursday, August 18, 2011

Jangka sumbang 20 peratus perolehan



Volvo Car Malaysia Sdn Bhd, optimis capai sasaran untuk menjual kira-kira 250 unit Volvo model S60 Turbo terbaru yang dipasang di dalam negara.

Syarikat menjangka kenderaan itu akan menyumbang kira-kira 20 peratus kepada pertumbuhan tahun kewangan 2011.

Presidennya, Goran Larsson berkata, kereta S60 itu, yang tersedia di dalam dua variasi, iaitu T5 dan T4, akan menyediakan prestasi pemanduan lebih dinamik berbanding kereta Volvo sebelum ini.

“Kami menjangka menjual 50 unit kereta T5 dan T4 sebulan pada tahun ini serta tahun depan,” katanya semasa majlis pelancaran di Kuala Lumpur.

Larsson berkata, syarikat juga berharap mencapai sumbangan 40 peratus perolehan dari kereta S60 pada tahun depan.

Katanya, harga jualan kereta T4 ditetapkan RM220,000 manakala T5 berharga RM255,000.
Jelasnya, Volvo akan memberikan aksesori percuma bernilai RM10,000 kepada 60 pelanggan pertama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: