Thursday, August 18, 2011

eTouch tawar pakej menarik di musim perayaan



Syarikat telefon bimbit Malaysia, eTouch menawarkan lima pilihan peranti mudah alih menggunakan platform Android sebagai ciri telefon pintar.

Tawaran itu, sempena meraikan kedatangan Aidilfitri dan sambutan hari kemerdekaan yang akan menjelang akhir bulan ini.

Pengarah Urusan eTouch Mobile, Siew Ai Fern berkata, pakej menarik yang ditawarkan ini memberi peluang kepada orang ramai mengeratkan dan mendekatkan lagi hubungan kekeluargaan dan sahabat handai sepanjang bulan perayaan nanti.

“Kemeriahan perayaan boleh diraikan melalui Internet atau telefon walaupun berjauhan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: