Saturday, August 20, 2011

Intekma hidang selera warisan


Pelbagai sajian lazat yang di disediakan oleh chef-chef berkebolehan di Intekma Resort and Convention Centre.


INTEKMA Resort and Convention Centre (IRCC) kali ini menghidangkan bufet Ramadan ala kampung dengan bertemakan masakan Melayu Selera Warisan Ibunda.

Hidangan yang disediakan cukup menarik untuk umat Islam berbuka puasa.

Bagi pengunjung yang belum pernah merasai kelazatan hidangan masakan di Intekma Resort, berbuka puasa di resort ini pasti memberikan pengalaman berbeza dan tidak merugikan.

Ini kerana, Intekma merupakan antara hotel yang terkenal dengan masakannya di sekitar Shah Alam, Selangor.

Untuk Ramadan kali ini, lebih 50 hidangan disajikan setiap hari bagi memenuhi cita rasa pengunjung.

Bagi bufet Ramadan kali ini, harga yang di tawarkan adalah RM47 seorang bagi dewasa manakala RM32 seorang bagi kanak-kanak.

Bagi orang kurang upaya (OKU) dan warga emas pula hanya RM42.

Menariknya, harga istimewa pada kadar hanya RM39 seorang ditawarkan dari 27 hingga 29 Ogos di Pendeta Coffee House.

Menyajikan hidangan istimewa ala kampung hasil tangan chef-chef berkebolehan dari dapur Intekma, pelbagai hidangan menarik diketengahkan.

Antaranya nasi beriani dan kari kepala ikan, ayam tandoori, gulai kawah, ikan masin masak lemak nenas, daging rendang tok, udang tempoyak, sup ekor asam pedas, aneka bubur lambuk, kambing panggang serta tidak ketinggalan murtabak istimewa Intekma.

Murtabak itu disajikan khas hanya pada bulan puasa sahaja.

Artis Rosma AF, juga bakal memeriahkan suasana menghiburkan para tetamu pada sepanjang bulan Ramadan.

Selain itu, sepanjang bulan Ramadan ia turut menyediakan kaunter zakat untuk kemudahan pengunjung melaksanakan tanggungjawab.

Tempat letak keretanya pula percuma dan surau boleh memuatkan 100 orang jemaah dalam satu masa bagi menunaikan solat Tarawih.

Tidak ketinggalan segmen tazkirah oleh penceramah-penceramah yang di undang khas dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada setiap hujung minggu.

Untuk tempahan, sila hubungi

03 - 5522 5000/5001/5009/5029

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: