Tuesday, August 16, 2011

Erra nak buat apa di Milan?

Selepas Hari Raya Aidilfitri ini pelakon cantik dan semakin langsing, Erra Fazira akan ke Milan, Itali. Buat apa Erra ke sana? Ada shooting ataupun ada agenda lain?

"Saya ke Milan untuk mencari material kain bagi menghasilkan Koleksi Erra Fazira," kata Erra pasal pemergiannya ke sana seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Erra curah minat untuk buat bisnes.

Koleksi Erra Fazira ialah koleksi pakain siap yang akan dipasarkan tak lama lagi. Ia rentetan kerjasamanya dengan pengeluar tudung batik, Desa Murni. Erra ialah duta tudung keluaran syarikat itu.

"Untuk koleksi tudung itu Erra hanya sebagai duta sahaja, tapi untuk Koleksi Erra Fazira ini Erra sendiri yang mengeluarkannya dengan kerjasama mereka. Mereka mahu Erra ke sana untuk memilih kain yang bakal digunakan. Mereka tak berani untuk memilih bagi pihak Erra.

"Sebenarnya sudah lama Erra berhasrat mahu mengeluarkan koleksi ini sebab Erra memang meminati bidang fesyen, tapi sebelum ini tak ada jalan untuk Erra. Nampaknya bila bersama Desa Murni, mereka membuka jalan kepada Erra,"jelasnya.

Menjelaskan lebih lanjut pasal koleksi itu, kata Erra dia akan mengeluarkannya secara eksklusif. Bermaksud, hanya satu rekaan sahaja untuk satu koleksi.

Diminta bertudung?

Bila wajah Erra menghiasi iklan tudung Desa Murni ramai yang memuji mengatakan imej itu kena dengan dirinya. Pada mulanya Erra bimbang juga kerana dia tidak bertudung kepada dalam kehidupan seharian.

"Erra sebagai model sahaja. Kalau bukan Erra pun yang menggayakannya, model lain yang digunakan itu mungkin juga tidak bertudung. Sebab itu Erra terima tawarannya. Erra sudah fikirkan pasal perkara itu sebelum menerimanya.

Makin langsing sebab berpuasa.

Bila ramai yang memuji mengatakan dia kelihatan cantik menggayakan tudung secara spontan Erra berkata: "Tak lama lagilah tu."

Semua tahu keluarga sebelah suami Erra cenderung ke arah agama. Erra akui mereka sangat seronok kalau Erra berhijrah dan menukar penampilan dengan mengenakan tudung kepala.

"Erra belum bersedia, Erra tak nak lakukan sesuatu perkara kerana permintaan orang lain. Biarlah ia datang dari dalam hati Erra sendiri. Erra akui suatu hari nanti pasti Erra akan menuju ke arah itu, tapi tak tahu lagi bila masanya," kata Erra.

Ditanya pasal penampilannya yang semakin langsing, kata Erra ia hasil daripada ibadat puasa yang sedang dijalani.

"Ini yang say asuka pasal puasa ni," kata Erra apabila ditegur yang dirinya semakin ramping ketika hadir ke majlis pelancaran saluran baru Astro di Saloma Bistro, Kuala Lumpur semalam.

Doakan yang terbaik untuk Salma

Protege Erra dalam Mentor 5, Salma membuat kenyataan mahu bergerak sendiri dalam mencorakkan masa depannya setelah bergelar juara.

Tak berbalah dengan Salma.

Ia kedengaran semacam Erra dan Salma ada masalah sehingga tidak membolehkan mereka bekerjasama. Apa kata Erra?

"Kami tak ada masalah. Erra masih sedia membantu sekiranya ada yang diminta oleh Salma. Tapi Erra rasa Salma sudah ada timnya sendiri untuk bergerak.

"Memang Erra akui, Erra ada perancangan untuknya semasa masih dalam Mentor lagi. Tapi Erra tak buka mulut sebab tak mahu dia membuat sambil lewa sebab sudah nampak perancangan yang Erra nak buat untuknya.

"Tapi dalam masa itu Erra nampak dia macam sudah ada perancangan sendiri... biarlah. Mungkin dia sudah ada orang di belakangnya. Erra doakan semoga dia berjaya mengharungi dunia seni ini.

"Banyak benda lagi yang dia tak tahu dalam bidang ini yang tak sempat Erra kongsikan. Memiliki suara yang baik sahaja belum mencukupi, lihat saja berapa ramai artis yang menpunyai suara yang baik, tapi tak boleh bertahan lama," kata Erra.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: