ALOR SETAR - Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ubat-ubatan herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, penyakit buah pinggang bukan terjadi dengan sendiri tetapi disebabkan amalan pemakanan termasuklah penggunaan ubat herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sebenarnya dalam ubat herba yang dijual itu mempunyai banyak racun yang kita tidak tahu, mungkin kita selesa makan ubat itu, tetapi tanpa kita sedari ubat itu menjadi penyebab sakit buah pinggang.
"Masyarakat jangan terlalu mudah terpengaruh dengan herba-herba yang dijual kerana akan mendatangkan penyakit, ada ubat-ubat herba itu berdaftar dengan KKM tetapi tidak mendapat kelulusan KKM, itupun perlu diambil berat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: