Tuesday, March 15, 2011

Toyota capai 3 juta jualan



Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan jualan kumulatif global kenderaan hibrid mengatasi anggaran jualan iaitu tiga juta, dengan pencapaian lebih 3.03 juta unit dijual di seluruh dunia mulai 28 Februari lalu.

Merujuk kenyataan TMC, mereka mula melancarkan 'Coaster Hybrid EV' pada Ogos 1997 dan melancarkan 'Prius' pada Disember menjadikan ia sebagai kenderaan hibrid pertama yang dijual untuk pasaran umum.

Jualan Prius bermula di Amerika Utara, Eropah dan di negara lain pada 2000.

Seterusnya, Prius generasi kedua dikeluarkan pada 2003 dan penggunaan sistem hibrid TMC pada kenderaan itu berkembang sebagai 'minivans', 'SUVs', tandu pemacu roda belakang dan 'hatchbacks'.

Kemudian, Prius generasi ketiga mula dijual pada Mei 2009 dan jualan kumulatif global kenderaan hibrid TMC sebelum akhir Ogos 2009 mengatasi dua juta unit.

Pada awal tahun ini, TMC meneruskan perkembangan barisan kenderaan hibridnya dengan melancarkan Lexus 'CT 200h' iaitu model hibrid khusus pertama dalam segmen persetujuan premium.

TMC kini menjual 16 kenderaan model hibrid di sekitar 80 negara dan beberapa kawasan seluruh dunia, termasuk tiga kenderaan model komersial di Jepun, malah merancang untuk memperkenalkan 10 model baru hibrid termasuk enam kereta baru dan empat kenderaan yang direka semula sebelum akhir 2012.

TMC komited menambah barisan hibrid dengan menambah jumlah negara dan kawasan penjualan kenderaan berkenaan.

TMC meletakkan isu alam sekitar sebagai keutamaan pengurusan dan berusaha mencapai penggunaan meluas kenderaan hibrid yang mesra alam.

TMC menganggarkan sejak 1997 sehingga Februari lepas, kenderaan hibrid TMC mengurangkan pengeluaran CO2 kira-kira 18 juta tan dan menganggap ia sebagai punca perubahan iklim.

TMC bercadang untuk terus berbakti bagi membangun dan mempopularkan kereta mesra alam dengan tambahan kepada gasolin kenderaan hibrid elektrik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: