Tuesday, March 15, 2011
Tiga pelanggan bertuah Celcom menangi percutian, wang tunai
Syarikat telekomunikasi terkemuka negara, Celcom Axiata Berhad menganugerahkan tiga pemenang hadiah utama promosi ‘Online Customer Service (OCS) Sign Up & Usability’ dalam satu majlis penyerahan hadiah yang diadakan di Menara Celcom, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Naib Presiden Senior Celcom Axiata Berhad, Chew Su Fong berkata, OCS menjadi satu saluran khidmat pelanggan dalam talian berfungsi untuk mewujudkan sebuah platform pemasaran yang menyediakan perkhidmatan peribadi interaktif di web kepada pelanggan Celcom.
“Dengan pusat komunikasi yang terbuka dan pelbagai pilihan yang ditawarkan, saluran OCS memudahkan pelanggan melakukan pelbagai transaksi online pada bila-bila masa sama ada untuk pengurusan akaun, pembayaran bil, perubahan alamat bil dan had kredit bahkan pelan panggilan.
“Selain memberi kemudahan kepada pelanggan, dengan adanya OCS perniagaan boleh dijalankan tanpa batasan masa dan dapat mengurangkan kos,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Su Fong menggalakkan pelanggan mendaftar OCS kerana Celcom menawarkan pelbagai hadiah dalam promosi akan datang.
Pelanggan yang mendaftar dan membuat bayaran minimum RM50 atau tambah nilai minimum RM30 secara bulanan dan suku bulanan melalui OCS akan berpeluang memenangi telefon bimbit berjenama Blackberry 9300 baru dan hadiah wang tunai berjumlah RM500, selain Samsung Galaxy Tab dan hadiah wang tunai RM1000.
Sementara itu, pemenang hadiah utama yang bertuah berpeluang memenangi percutian ke Eropah untuk dua orang dan wang perbelanjaan sejumlah RM10,000.
Kumitha Abdul Majid, 30, K Vikneshwaran, 30, dan Mohd Zul Azri Zamani, 29, memenangi wang tunai RM2,000 dan percutian empat hari tiga malam ke Hong Kong untuk dua orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: