Tuesday, March 29, 2011

PJU sasar 100,000 ahli tahun ini




PERSATUAN Memperkasakan Jaringan Usahawan Rakyat Terengganu (PJU) mensasarkan keahlian 100,000 orang tahun ini dengan yuran keahlian serendah RM180.

Pengarah PJU Selangor, Mohd Fauzi Hanafi (gambar) berkata, persatuan itu kini membuka keahlian kepada rakyat negara khususnya Melayu melalui keahlian bersekutu.

“Persatuan ini ditubuhkan bertujuan membantu masyarakat, khususnya orang Melayu untuk menjadi usahawan yang berjaya di bawah satu bumbung.

“Kami menyediakan modal dan kebajikan kepada usahawan yang menjadi ahli, di samping membantu memasarkan produk mereka melalui jaringan usahawan,” katanya.

PJU diasaskan Harisi Hasih pada 8 November tahun lalu berbekalkan hasrat ingin membantu Melayu yang mahu membuka perniagaan tetapi kekurangan modal serta masalah memasarkan produk mereka.

“Saya menyeru usahawan di luar sana menyertai persatuan kerana lebih 200 usahawan di Terengganu sudah menyertai PJU mendapat keuntungan berganda kira-kira 70 peratus berbanding sebelumnya.

“Keuntungan berganda ini diperoleh melalui jaringan usahawan iaitu ahli persatuan saling bantu-membantu dalam mempromosikan dan memasarkan produk satu sama lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: