Monday, March 28, 2011

Pertarungan jenama tambah hebat


Vitaly Petrov, pemandu Lotus Renault menjulang trofi yang dimenanginya di Melbourne, Australia semalam.


KUALA LUMPUR - Pasukan Lotus Renault membuktikan bahawa mereka lebih hebat berbanding Lotus apabila meraih kedudukan di podium pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) di Melbourne, Australia semalam.

Ia hasil kejayaan pemandu kelahiran Rusia, Vitaly Petrov yang menduduki tangga ketiga pada perlumbaan Grand Prix (GP) Australia.

Pada perlumbaan pembuka tirai F1 2011 itu, pemandu sensasi Red Bull, Sebastian Vettel yang juga juara dunia 2010, muncul juara sementara Lewis Hamilton daripada McLaren menduduki tangga kedua.

Kejayaan Petrov di Litar Albert Park itu membuktikan pelaburan yang dilakukan Kumpulan Proton Holdings Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Lotus Group berbaloi.

Selain meraih podium sulung, kejayaan itu juga satu kemenangan moral buat dua jenama kereta Lotus dan Renault yang baru bergabung tenaga musim ini dalam kancah F1.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: