Wednesday, March 2, 2011

Pengusaha bas puas hati kemudahan di TBS-BTS


PELBAGAI kemudahan yang disediakan di TBS-BTS memberi keselesaan kepada orang ramai dan pengusaha bas.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 43 pengusaha bas yang memulakan operasi di Terminal Bersepadu-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini semalam berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati rata-rata pengusaha melahirkan rasa kagum dengan terminal tersebut yang menjanjikan keselesaan kepada orang ramai.

Menurut kakitangan Metrobus Ekspres, Hafizi Ismail, 19, keadaan di terminal baru itu jauh lebih baik daripada terminal sementara yang dibuka di Bukit Jalil sebelum ini.

“Apa yang saya lihat hari ini (semalam) di sini tahap keselamatan dan keselesaan pengunjung diutamakan. Tempat letak kenderaan pula banyak dan semua kawasan berhawa dingin,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: