JOHOR BAHRU – Cubaan dua lelaki warga Indonesia menyeludup 200 ekor tupai jenis ‘Sugar Glider’ bernilai RM64,200 ke negara ini gagal apabila ditahan Maritim Malaysia Wilayah Selatan (APMM) di Tanjung Penyusup, Pengerang semalam.
Dalam operasi pukul 7.30 pagi itu, kesemua haiwan itu ditemui di atas bot penumpang dari Batam, Indonesia.
Ketua Penguat Kuasa APMM wilayah berkenaan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bot Petir 50 dinaiki lima pegawai dan anggota berjaya menahan bot tersebut ketika cuba melarikan diri.
“Apabila diperiksa, 200 ekor tupai ditemui di dalam sembilan sangkar yang dibalut dengan guni,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: