Monday, March 28, 2011

Pencetak serbaguna


Fleksibel dan ringkas menjadikan FUJI Xerox sebagai pilihan utama syarikat yang mengutamakan hasil yang berkualiti, pantas serta menjimatkan kos pencetakan.


Mampu menghasilkan sebuah buku sebagai produk akhir, Fuji Xerox 550/560 merupakan antara pencetak industri yang dihasilkan dalam kelas ringan. Pencetak 550/560 daripada Fuji Xerox ini juga direka untuk menjimatkan tenaga, boleh diatur gerak mengikut keperluan dan sesuai untuk apa jua keadaan tempat kerja.

Di samping hasil akhir yang ditawarkan begitu memuaskan, pencetak ini juga mampu mencetak dengan warna pada tahap kualiti yang tinggi.

Malah melalui penggunaan dakwat EA (Emulsion Aggregation) turut menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas sekali gus menjimatkan penggunaan dakwat yang berlebihan.

Proses peleburan dakwat berlaku pada tahap suhu yang rendah menjadikan penggunaan tenaga adalah pada tahap yang paling minimum.

Pencetak 550/560 ini juga mampu menghasilkan cetakan bermula daripada penggunaan pejabat sehinggalah secara besar-besaran.

Menurut Presiden Fuji Xerox Malaysia, Masahiko Saito, pencetak baru ini bakal memberikan kepuasan sebenar mencetak kepada penggunanya.

"Ia mudah digunakan sama ada untuk skala yang sederhana mahupun besar, menghasilkan cetakan warna yang terang, penggunaan yang pelbagai dan yang paling penting adalah ia mesra alam," ujarnya.

Anda juga boleh menyunting, pengurus serta menyimpan dokumen melalui pilihan penyelesaian saluran kerja seperti di Xerox® Scan to PC Desktop®, Xerox Secure Access Unified ID System®, dan Equitrac Office®.

Selain itu, ia juga berupaya menghasilkan kemasan akhir seperti buku, buku kecil, brosur, surat, laporan malah cetakan juga boleh terus ditebuk dan dilekatkan.

Bagi yang berminat, boleh melayari laman web www.fujixerox.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: