
Pasha, penyanyi utama kumpulan Ungu pernah hot dengan kisah perceraian dengan isteri pertama. Dia pastinya mahu membina rumah tangga lebih rukun bersama isteri baru, Adelia Wilhelmina yang dinikahi pada pagi Ahad (semalam) dalam suasana meriah mengikut budaya masyarakat Sunda
Dalam satu majlis memohon restu orang tua sehari sebelum majlis akad nikah, Pasha tidak dapat menahan air mata. Pastilah ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya yang membuatkan dia tak dapat menahan air matanya mengalir deras.

Persalinan ungu muda jadi pilihan
"Saya ada tanya dia, mahu mas kahwin apa? Dia minta wang Euro. Jumlah 99 itu adalah sesuai dengan asma ulhusna.
"Wang Euro itu sebagai kenangan Adel sewaktu perjalanannya bertugas ke Eropah ketika masih bekerja sebagai peramugari. Jadi Adel mahu mengenang pertama kali Garuda Indonesia terbang ke Eropah, dia salah seorang anak kapal bertugas," jelas Pasha kepada media sebelum ini.

Sebahagian keluarga Ungu turut memeriahkan majlis.
Pasha dan Adelia dinikahkan di Gedung Batununggal Indah, Bandung pada sebelah pagi sebelum mengadakan resepsi di tempat yang sama. Mangga Online sempat menjengah majlis resepsi yang diadakan sebelum menjelang tengah hari.
Mangga Online dan wakil Utlusan Malaysia di Jakarta, Saharuddin Musthafa bersama-sama Pengarah Urusan Suria Records, Edwin Tan ke majlis itu.
Ada ciri tradisional bersalut moden bagi memeriahkan perkahwinan semula bekas duda beranak tiga yang memiliki nama penuh Sigit Purnomo Syamsuddin itu. Majlisnya nampak meriah, apatah lagi ramai saudara mara yang memeriahkannya.
Hiasan dewan dan makanan yang dikendalikan oleh Rumah Pengantin, Bandung boleh dipuji. Sentuhan mereka menyerlahkan suasana majlis tersebut.

Diapit kedua-dua orang tua.
Tetapi dewan yang kurang besar membuatkan tetamu kelihatan terlalu ramai. berlanggar bagu sesama-sendiri. Nasib baik mereka menyediakan sajian dengan konsep gerai. jadi tetamu boleh memilih juadah mereka ke gerai yang mereka inginkan.
Dari luar kawasan dewan majlis, deretan bunga ucapan tahniah diberikan oleh kenalan peribadi serta syarikat yang pernah bekerjasama dengan Ungu selama ini. Antaranya dari Rossa, Sherina, PT Musikal dan banyak lagi.
Juadah yang disediakan juga mengangat masakan Sunda yang memang terkenal dengan ciri khas masakannya. Ada nasi liwet, nasu uduk, serabi solo, aneka sate yang datang dari beberapa daerah dan banyak lagi. Ada juga masakan Barat yang disediakan kepada penggemar masakan itu.
Bawa Adel kerjakan umrah
Ke mana agaknya pasangan ini akan bermulan madu? Pasha memilih mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum memikirkan destinasi berbulan madu. Apatah lagi jadual kerjanya padat.
Mereka dijadualkan berangkat dalam waktu terdekat. Baguslah kalau mereka mahu berehat seketika daripada dunia seni dan berangkat mengerjakan ibadah di tanah suci.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: