|
|
AKTOR Mukul Dev membuat pengakuan dia begitu sukar membawa watak seorang jejaka yang gemar meminum minuman keras menerusi filem Yamla Pagla Deewana.
Ini kerana dia mengaku dirinya bukan seorang peminum alkohol atau kaki botol.
“Saya susah untuk uruskan diri bagi memegang watak seorang kaki botol tetapi saya berjaya juga melakukannya. Dengan bantuan rakan sekeliling, dalam beberapa minit saya dapat menghayati watak itu.
“Ia sungguh fantastik dan saya rasa cukup bangga kerana orang ramai menghargai apa yang saya lakukan. Inilah antara sebab saya suka menjadi seorang pelakon. Biasanya saya sentiasa berasa di tempat teratas di seluruh dunia,” beritahu Mukul dengan penuh bangga.
Filem itu turut dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Sunny, Bobby dan aktor veteran Dharmendra. Menerusi filem itu Mukul memegang watak sebagai Billa iaitu abang kepada Saheba, lakonan Kulraj Randhawa.
“Tiada sesiapa yang dapat menjelaskan dan menyangka sama ada lakonan seorang pelakon itu bagus atau tidak tetapi saya tahu filem ini banyak mengisahkan kehidupan masyarakat terutama Punjabi.
“Bagi saya untuk membuat penonton ketawa terutama menerusi komedi sangat senang kerana muka saya sudah menggambarkan ia lucu,” jelas Mukul sambil ketawa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: