Sunday, March 13, 2011

Mengeluh harga ayam naik


BIARPUN harga ayam naik, tetapi ia tetap menjadi pilihan pengguna di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bagaikan lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.

Ramai pengguna mengeluh berikutan harga ayam melambung sehingga kadar tertinggi RM1.30 sen di pasar di Pulau Pinang.

Daging ayam bukanlah barangan keperluan harian yang dikawal harga oleh kerajaan pada setiap masa seperti beras dan minyak masak.

Harganya hanya dikawal pada musim-musim perayaan tertentu sahaja.

Dalam tinjauan yang dibuat di Pasar Chow Kit dan Pasar Keramat di sini mendapati ayam dijual pada harga antara RM7.50 hingga RM7.80 sekilogram naik 50 sen dan 80 sen berbanding dua minggu lalu.

Seorang peniaga ayam di Pasar Chow Kit, Sahar Abdullah, 25, mendakwa, mereka terpaksa menaikkan harga berikutan mendapat harga tinggi daripada pemborong.

"Kami dapat ayam daripada pemborong pada harga RM6.80 sekilogram dan kami menjualnya pada harga RM7.50 sekilogram," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: