Saturday, March 12, 2011

Maya Tidak Kisah Kahwini Lelaki kampung

Membawakan watak Luna seorang gadis bandar yang terjerat dalam percintaan bersama seorang lelaki kampung menerusi filem terbaru arahan Osman Ali, Cun, Maya Karin mengakui dia tidak kisah jika realiti percintaannya nanti juga ditemukan dengan seorang lelaki kampung.

"Saya tak kisah kalau di dalam realiti juga saya ditemukan dengan lelaki kampung dan hanya bekerja di kampung sahaja.

"Sebenarnya saya bukanlah seorang wanita yang terlalu kebandaran, saya juga pernah tinggal di kawasan kampung sewaktu berada di Indonesia dahulu.

"Saya bukan orang yang takut jika berada dikampung, saya masih boleh biasakan diri dan tidaklah terlalu janggal jika berada lama di sesebuah kampung.

"Tentang jodoh pula, saya tidak kisah dengan latar belakang seseorang, siapa pun mereka, jika mereka jujur pada saya, Insya-Allah saya boleh menerimanya,"jelas Maya.

Maya Karin berjaya menghidupkan watak Luna, iaitu seorang artis dari bandar yang membawa diri ke kampung sahabatnya lantas bertemu Atan lakonan Remy Ishak.

Fasa baru kehidupan Luna tercetus apabila dia mula jatuh cinta kepada Atan, namun status kedudukan mereka menjadi penghalang. filem ini bakal menemui penonton di pawagam mulai 31 Mac akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: