Wednesday, March 2, 2011
Maxis unjur perolehan berkembang terbaik
Maxis Bhd mengunjur perolehan berkembang lingkungan lima peratus bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2011 dirangsang perkhidmatan bukan suara termasuk perkhidmatan data dan jalur lebar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das :(gambar): berkata, perolehan bukan suara antara yang terbaik global dalam tahun kewangan yang berakhir 2010 sekali gus menguasai 41.5 peratus sumbangan perolehan mudah alih.
“Kami menyasar untuk meningkatkan sumbangan kepada 50 peratus menjelang pertengahan 2012. Syarikat akan terus memaksimumkan perolehan mudah alihnya dan terus menjadi peneraju dalam pasaran,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan syarikat di Kuala Lumpur.
Syarikat mencatatkan perolehan sebanyak RM8.869 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2010.
Das berkata, walaupun margin suara terus lembap tahun lepas, namun syarikat berjaya meraih daripada perniagaan baharu dipacu perkhidmatan data inovatif dan meningkatkan pengalaman pengguna termasuk kadar pengambilan telefon pintar yang kukuh.
"Pada masa ini, Maxis menerajui dari segi pelanggan meninggalkan dua peserta utama lain dengan 41.5 peratus bahagian pasaran dan hampir 14 juta pelanggan (berdasarkan prabayar, pascabayar dan jalur lebar), ” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: