Monday, March 14, 2011

Lot Indigo Zero menepati cita rasa pembeli




INDIGO Zero Lot, perumahan eksklusif dibangunkan Sime Darby Property di USJ Height menunjukkan pertumbuhan jualan ketara berbanding fasa pertama dan kedua.

Jualan fasa pertama jenis Indigo I tahun lalu sebanyak lapan daripada 58 unit.

Fasa kedua, jenis Indigo II dilancar Januari lalu juga sambutan menggalakkan kerana satu pertiga daripada kediaman premium itu ditempah seminggu selepas pelancaran. Tawaran harga yang mencecah RM1.972 juta hingga RM3.272 juta antara faktor utama menarik pembeli.

Lot banglo bersaiz 3,898 kaki persegi hingga 5,679 kaki persegi siap dengan rekaan konduksi untuk kehidupan moden dan anggun.

Penghuni diberi kebebasan memilih satu daripada enam tema taman khas kejiranan diidam dan ciri paling dicari dalam kawasan Subang Jaya.

Pengarah Urusannya, Datuk Tunku Putra Badlishah berkata, Indigo Zero lot menawarkan nilai luar biasa kepada pemilik rumah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: