Monday, March 28, 2011

Lampu solar


MASUKKAN kepingan solar pada bingkai dan ikatkan dengan menggunakan skru.


SOLAR panel adalah alatan yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik.Kaedah penukaran cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik dikenali photovoltaic (PV).

Solar panel menghasilkan voltan arus terus. Solar panel boleh disamakan dengan fungsi bateri untuk membekalkan voltan.

Namun berbeza dengan bateri, solar panel tidak boleh menyimpan tenaga.

Oleh itu, dalam sistem solar yang lengkap semestinya memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga.

Solar panel juga berbeza dengan bateri kerana mempunyai arus maksimum.

Jika bateri tidak boleh dipintaskan (short circuit) tetapi solar panel boleh berlaku litar pintas tanpa rosak.

Pada minggu ini, Zull Design Autotronic menyambung semula siri minggu lepas dengan berkongsi mereka bentuk inovasi lampu solar kepada pembaca.

Penggunaan solar pada masa kini adalah sangat meluas kerana ia tidak perlu menggunakan tenaga elektrik dan dapat menjimatkan kos.

Oleh itu pembaca boleh mereka bentuk lampu solar sendiri untuk diletakkan di halaman rumah atau pejabat.

Alat-alat yang digunakan

*Solar panel 300 milimeter (mm) x 360mm - empat unit.

*Berkapasiti 10 watt setiap satu.

*Lampu LED (22 watt).

*Bateri (12 volt; 18Ah) -2 unit.

*Timer.

*Tiang lampu.

*Kotak pengawal bersaiz 12 inci x 10 inci x 6 inci.

Bersambung minggu hadapan bagi penyambungan wayar dan penyediaan litar bagi lampu solar.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: