|
|
IKA orang dewasa gemar melakukan urutan di spa atau sentuhan untuk mengurangkan tekanan, tidak kurang juga kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan.
Sentuhan ibu yang penuh kelembutan dan kasih sayang sebenarnya mampu mempercepatkan pertumbuhan mental dan fizikal si bayi.
Satu kajian yang dilakukan di Hospital Bellevue, New York pada tahun 1938 mendapati, kadar kematian bayi berumur di bawah satu tahun menurun dari 30 peratus kepada kurang daripada 10 peratus apabila mereka diurut dan dibelai oleh jururawat setiap hari.
Menyedari akan kepentingan urutan kepada bayi, jenama penjagaan bayi terkemuka, Johnson's baby dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad, selaku pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta telah melancarkan Siri Bengkel Urutan Bayi TOUCH yang diadakan setiap tahun untuk terus mendidik para ibu atau bakal ibu di Malaysia tentang teknik-teknik urutan yang berkesan.
Menurut Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Joyce Lee, urutan bayi penting untuk mempertingkatkan perkembangan mereka.
Sentuhan seorang ibupaling berkesan ke atas bayi di samping ia merupakan satu eksperesi fizikal.
Selain itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail menjelaskan bahawa kajian juga menunjukkan urutan bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi dan memperbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga.
"Selain susu ibu yang penting untuk membekalkan antibodi dan khasiat untuk melindungi dan membantu bayi membesar, urutan juga mampu untuk menyerlahkan perkembangan fizikal dan kesejahteraannya," katanya.
Sementara itu, menurut kajian seorang professor di Sekolah Perubatan, Universiti Miami, Dr. Tiffany Field, yang mengetuai Touch Research Institute menemui bukti sentuhan dan urutan untuk kanak-kanak boleh merangsang saraf otak untuk membantu penyerapan zat makanan dan penambahan berat badan lebih cepat.
Begitu juga artis popular tanah air, Erra Fazira yang juga ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran yang mengamalkan urutan kepada bayinya turut mempercayai bahawa sentuhan ajaib seorang ibu boleh membawa perubahan yang membantu bayi berkembang dengan positif.
"Saya mula membuat urutan kepada Aleesya kerana masalah kesukaran tidur yang dihadapinya. Alhamdulillah selepas melakukan urutan beberapa kali kepadanya, Aleesya tidak mengalami masalah tidur lagi," katanya.
Bengkel yang akan diadakan di lapan buah negeri ini akan bermula pada setiap hujung minggu bulan Mei dan Jun.
Sebarang pertanyaan lanjut atau berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menelefon talian bebas tol di 1-300-88-0566 ataupun daftar secara online di www.babycenter.com.my/ johnsonsbaby/touch.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: