SI bunga cantik dengan nama Jung So Min ini dikenali sejak melakonkan karakter Hong Mo-nae dalam siri drama Bad Guy.
Malah, aktres yang lahir pada 16 Mac 1989 ini pernah disamakan dengan aktres Korea, Yoon Eun Hye.
Terbaru, Jung atau nama sebenarnya Kim Yoon Ji mencipta kegemilangan apabila muncul dalam drama Playful Kiss bersama aktor Korea terkenal, Kim Hyun Joong.
Melalui drama yang kini disiarkan di saluran 8TV setiap Sabtu pada pukul 6.30 petang, Jung membawakan watak seorang pelajar sekolah menengah, Oh Ha Ni. Dia jatuh cinta dengan rakan sekolahnya iaitu Baek Seung-Jo (Kim Hyun Joong) yang sangat terkenal di sekolah.
“Saya mahu menjadi seorang aktres yang baik. Hyun Joong banyak membantu saya dalam proses lakonan.
“Mungkin dia tidak mahu saya rasa tertekan. Mulanya rating drama ini kurang memberangsangkan namun selepas edisi istimewa dimuat naik ke dalam laman YouTube, kami mendapat respons yang baik.
“Bagi saya watak Ha Ni sangat istimewa. Saya mengambil masa yang agak lama untuk memisahkan karakter itu daripada diri saya.
“Malah Yoon Ji masih memanggil saya dengan nama Ha Ni,” ujarnya yang terkesan dengan karakternya kali ini.
Sebelum memulakan penggambaran untuk sebuah drama yang menuntut banyak adegan cium berdasarkan tajuknya, Jung ditanya perihal perasaanya mencium seorang lelaki sekacak Yoon Ji.
“Saya mahu menjiwai watak Ha Ni dan menciumnya sebagai Seung Jo. Sama seperti apa yang Ha Ni rasakan terhadap Seung. Dalam karakter,” ujarnya jujur.
Menariknya, selain memberikan lakonan yang berkesan di samping Yoon Ji, Jung telah mencipta satu fenomena tersendiri.
Penggunaan kasut jenis Oxford dalam siri Playful Kiss ini turut membuahkan perhatian.
Ramai yang menggemari kasut yang dipakainya malah penonton mula terikut-ikut untuk memiliki kasut jenis Oxford setelah menonton siri tersebut.
Dalam mencipta nama sebagai salah seorang aktres terkenal Korea, Jung sebenarnya mempunyai cita-cita yang sudah lama disimpannya.
“Saya mahu mempunyai lesen sebagai penjual bunga. Saya tidak mempunyai skil dalam seni tetapi saya gemarkan bunga dan suka melihat ia disusun dalam pelbagai warna,”ujarnya yang terpaksa berhenti belajar tarian balet kerana dihalang keluarga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: