|
|
BERITA bahagia kini menyeliputi hidup aktres cantik, Dian Sastrowardoyo dan suaminya, Indraguna Sutowo berikutan Dian disahkan hamil empat bulan. Pasangan itu turut menyambut berita gembira itu dengan mengadakan jamuan di kediaman mereka di Jalan Kemboja, Menteng, Jakarta Pusat pada 5 Mac lalu.
Namun, acara yang berlangsung sejak awal pagi itu diadakan secara tertutup dan tidak menjemput wartawan.
Bapa saudara Dian, Rully Chairul Azwar mengesahkan kandungan anak buahnya namun mengaku tidak dapat hadir ke majlis tersebut.
"Saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Tetapi memang ada majlis kesyukuran di Menteng iaitu rumah suami Dian dan mengikut adat Jawa. Dian sudah dewasa, jadi dia boleh melakukan sendiri dan saya sedikit sibuk," ujar Rully yang mengaku tidak mengetahui jantina anak yang dikandung Dian yang menikahi Indraguna Sutowo pada tarikh 18 Mei 2010 lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: