Sunday, March 13, 2011

Gaya baru Kate


MENARIK... Kate bersama William ketika melawat Belfast, sebahagian daripada tugas rasmi mereka sebelum melangsungkan perkahwinan bulan depan.
MENARIK... Kate bersama William ketika melawat Belfast, sebahagian daripada tugas rasmi mereka sebelum melangsungkan perkahwinan bulan depan.

IA mungkin cabaran biasa jika dilakukan di dapur sendiri. Namun, untuk melakukannya di tengah jalan raya dan pada tugasan rasminya yang ketiganya pula, Kate Mid- dleton boleh dimaafkan jika dia gementar.

Dalam lawatan mengejutnya ke Belfast, Putera William dan Kate cuba melakukan cabaran melambung dan membalikkan penkek bagi tujuan memungut derma sempena Shrove Tues- day, Hari Penkek.


  • Foto

    TEGURAN... antara fesyen Kate yang menjadi kritikan.

  • Foto

    JANGGAL... Kate cuba menonjolkan gaya seksi.

  • Foto

    GEMENTAR... William dan Kate menunjukkan bakat dalam melambung dan membalikkan penkek sempena Hari Penkek di Belfast.

  • Foto

    GAYA BARU... penampilan terbaru Kate yang mendapat pujian ramai.

William sebelum itu berjaya melakukannya dengan penuh keyakinan, menyebabkan Kate berdepan tekanan.

Bakal puteri itu bagaimanapun pantas mempelajari tekniknya dan sambil melambung penkek dan ketawa, dia tidak menghadapi masalah melakukannya, sekali gus mengejutkan William dan orang ramai.Melihat perkembangan menjelang 50 hari sebelum perkahwinannya, wujud sedikit keraguan bahawa Kate akan dapat memainkan peranan barunya dengan perasaan yakin dan selesa.Namun, pada lawatan itu, dia kelihatan mengubah penampilannya di khalayak ramai.


Kate, 29, memilih memakai kot trenc Burberry berharga �650 (RM3,250), perbezaan ketara berbanding pakaian lebih rasmi yang dipakainya sepanjang dua minggu lalu. Dia juga tidak memakai but lagi, sebaliknya memilih kasut bertumit tinggi.

Kate mungkin mengambil kira teguran pengkritik fesyen yang menggesa beliau muncul dengan gaya lebih moden dan muda.

Sudah ada laporan mendakwa Kate memutuskan untuk memakai pakaian pengantin yang direka oleh Sarah Burton, anak didik Alexander McQueen, pilihan yang disambut baik oleh industri fesyen.

Dan meskipun khabar angin itu dinafikan, keberanian Kate untuk berubah ketika mengunjungi Belfast boleh dianggap sebagai satu penyataan bahawa dia berhasrat untuk lebih berhati-hati setiap kali membuat keputusan mengenai fesyen apabila ia berkait dengan pakaiannya pada masa depan.

Hakikatnya, Kate, dengan cincin tunang batu nilam pada jarinya, tetap kelihatan anggun.

Sekumpulan kecil penduduk Belfast berkumpul di perkarangan bangunan Dewan Bandar Raya dengan harapan dapat bersalaman, atau setidak-tidaknya melihat pasangan itu dari dekat.

Di luar, polis menutup jalan raya dan mengalihkan laluan trafik sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan besar-besaran untuk kunjungan pertama William dan Kate ke Ireland Utara.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Bandar George Best di Sydenham, Belfast timur.

Pasangan itu disambut oleh Lord Mayor Pat Convery dan wakil Ratu Elizabeth di Belfast, Dame Mary Peters iaitu bekas jagoan Olimpik dalam sukan pentatlon.

Ia bahagian pertama dalam satu siri tugasan yang dirancang untuk pasangan yang akan berkahwin di Gereja Westminster pada 29 April depan.

Dalam kunjungan mereka, William dan Kate menerima gambar berbingkai Dewan Bandar Raya Belfast dan buku mengenai sejarah arkitek bangunan berkenaan.

Rombongan itu tiba dengan konvoi lapan kereta. Anggota polis lengkap bersenjata berat meronda jalan raya dan lorong berhampiran di samping mengawal ketat kawasan sekitar tempat lawatan pasangan berkenaan.

Seorang anggota dengan teropong mengawasi kawasan sekitar dari bumbung bangunan Robinson & Cleaver dan dua lagi, juga menggunakan teropong, ditempatkan di bumbung Dewan Bandar Raya.

Pegawai kanan di Pejabat Ireland Utara yang terbabit secara menyeluruh dengan Istana Buckingham dalam merancang lawatan itu sebelum ini enggan mengesahkan lawatan William dan Kate hinggalah pesawat mereka mendarat di Belfast timur.

Namun, belum sempat rombongan diraja itu tiba di depan Dewan Bandar Raya, berita mengenai lawatan itu tersebar kerana kehadiran pasukan keselamatan secara besar-besaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: