|
Gelanggang Mentor semakin panas dengan pelbagai cerita, biarpun baru beberapa minggu pertandingan itu bermula namun bahang kepanasannya sudah mula dirasai. Biarpun semalam kumpulan A telahpun menjalani ujian di minggu kedua, namun masih ramai yang membuat andaian protoge penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira bakal bergelar juara biarpun masih terlalu awal untuk di ramal.
Berada di dalam kelompok Kumpulan B, Salma, protoge Erra Fazira ini dikatakan mempunyai kuasa dan aura yang kuat sehingga mampu meninggalkan kesemua para peserta Mentor musim ini sekiranya pertandingan ini dilangsungkan serentak tanpa dibahagikan kepada dua kumpulan. ![]() erra dan protogenya, Salma "Saya tidak mahu dia terlalu selesa dengan kedudukannya sekarang, biarpun dia berada dalam keadaan yang agak membanggakan, saya bimbang ia akan memudaratkannya. "Ialah perjalanan masih jauh, dan Salma perlu banyak belajar. Penonton mahu yang berbeza setiap minggu dan Salma perlu bekerja lebih kuat supaya nampak kelainan di setiap persembahannya. "Pada saya, Salma sekarang berada disaat-saat yang genting, dan dia perlu sentiasa berhati-hati,"jelasnya. Bercerita tentang perkembangan terbarunya selain sibuk menguruskan protoge, jelas Erra dia kini mulai sibuk menjalani penggambaran dengan telemovie keluaran Astro. "Sekarang saya sibuk dilokasi penggambaran, Sanggul Beracun. Telemovie ini juga memberi cabaran buat saya kerana ia berkisar mitos daripada negeri Johor yang menceritakan tentang seorang wanita yang membunuh 99 orang suaminya di malam pertama perkahwinan mereka. "Tentang nyanyian pula, saya masih terikat dengan SCR, tapi hingga sekarang saya masih belum nampak apa-apa lagi perkembangan album saya dengan mereka. "Memandangkan saya masih meminati bidang nyanyian, jadi mungkin saya akan usahakan album sendiri bila tamat kontrak dnegan mereka nanti,"luah Erra Fazira. |
Monday, March 28, 2011
Erra tak mahu Salma terlalu selesa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: