|
Kini dia sudah bangkit dan makin kuat melalui kehidupannya serta bersedia bersemuka dengan media yang masih mahu bertanya pasal kes itu. Apatah lagi ada kemungkinan dia juga akan ke muka pengadilan setelah Ariel dipenjara kerana kesalahan berkait penyebaran video.
"Walaupun tidak memang tapi tercalon dalam Top 5 cukup bermakna buat saya. Tahun lalu saya kan tak ada program di TV. Kalau sudah tercalon, maknanya ada yang masih kuat menyokong saya," kata Cut pasal anugerah yang menilai undian penonton itu. Cut pasrah menyerahkan segala-galanya kepada Allah untuk menghadapi apa sahaja yang mungkin berlaku pada hari mendatang. Dia enggan memeningkan kepalanya dengan hal itu. "Saya pasrah sahaja... kalau ditanya pasal kes itu, saya tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Sekarang ini saya menjalani hidup seperti biasa. "Sokongan orang sekeliling saya juga mambuatkan saya kuat bangkit hari ini. Saya ada orang yang kuat menyokong saya dari belakang, sebab itulah saya boleh ada hari ini," kata Cut saat diasak media Indonesia pada majlis itu. Dia juga berterima kasih kepada peminat yang masih menyokongnya sehingga terus tercalon sebagai pengacara popular. "Sokongan ini juga membuatkan saya menjadi lebih kuat," katanya. |
Sunday, March 27, 2011
Cut Tari bangkit kerana sokongan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Usai kes klip video lucah Ariel Peterpan yang turut terkait nama Cut Tari, pengacara itu pernah absen beberapa lama kerana tak sedia menemui masyarakat.
Dalam orang sibuk pasal kes sensasi itu, Cut Tari turut tersenarai dalam Top 5 calon Pengacara Favorit. Dia hadir dalam majlis Panasonic Gobel Awards ke 14 di XXI Ballroom, Djakarta Theatre, Jakarta, Indonesia malam tadi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: