|
Anang kelihatan tenang ketika hadir ke majlis resepsi perkanwinan KD dan suami barunya Raul Lemos di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac lalu. Malah Anang turut menyanyikan lagu barunya bersama pasangan duet Ashanty, Jodohku Jodohmu serta turut menyanyi bersama anaknya, Aulia.
Anang tahu kehadirannya dinantikan oleh semua orang kerana Anang tidak pernah memberikan kepastian sama ada dia akan hadir atau sebaliknya ke majlis KD. Dia sering kata Insya-Allah akan datang sekiranya tiada apa-apa halangan. "Anak saya puns sering tanya adakah saya akanhadir ke majlis ibu mereka, saya bilang insya-Allah. Dan hari ini saya hadir dan terima kasih (kepada Ashanty) kerana ada yang menemani," kata Anang. Dalam satu wawancara Anang berkata, di aharus meneruskan hidup dan kerjanya tanpa perlu memikirkan apa-apa perkara yang boleh membantutkan kerjayanya. "Buat saya, apa-apa pun yang terjadi tergantung kepada apa yang kita mahukan (dalam membuatnya). Apa tujuan kita melakukan sesuatu itu. "Apa-apa pun, kita harus sedar semuanya bukanlah akan kekal selama-lamanya. Yang Kekal hanyalah Allah," kata Anang. Dalam majlis yang sama KD turut menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat suami barunya. Lagu yang pertama kali dinyanyikan itu antara lain semacam meluahkan janji yang dia tidak akan meninggalkan suaminya walau apapun yang terjadi. Majlis yang memilih tema moden itu turut dimeriahkan dengan persembahan rakan-rakan rapatnya antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Vina Panduwinata, Bunga Citra Lestari, Afgan, Kristina dan ramai lagi termasuk kakak KD, Yuni Shara. "Saya tidak mengenali suami KD, tapi saya faham bagaimana orangnya kerana tarikh lahirnya sama dengan tarkh lahir suami saya. Saya doakan KD akan bahagia bersama Raul," kata Siti yang turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa pilihan KD sendiri. |
Sunday, March 27, 2011
Anang ucap selamat buat KD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setelah sekian lama enggan berbicara pasal mantan isteri, Krisdayanti, Anang akhirnya akur dan pasrah menerima hakikat bahawa Krisdayanti atau KD kini milik orang lain.
"Saya mengucapkan selamat berbahagia buat KD dan Raul dan lagu ini sesuai untuk pasangan ini," kata Anang pasal lagu barunya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: