Monday, March 28, 2011

Curi air untuk ubah suai banglo


BANGLO milik seorang penduduk yang diserbu kerana didapati mencuri air untuk digunakan bagi kerja-kerja pengubahsuaian di Port Dickson Jumaat lalu.


PORT DICKSON - Tindakan pemilik sebuah rumah banglo mencuri air paip bagi kerja-kerja pengubahsuaian membawa padah apabila kediamannya diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) Jumaat lalu.

Serbuan yang dilakukan pada pukul 11 pagi itu dilakukan oleh anggota Unit Penguatkuasaan Sains dan juga beberapa pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah banglo yang sedang diubah suai di taman perumahan di sini.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu membuat sambungan haram menggunakan paip bersaiz 25 milimeter tanpa melalui meter air.

"Hasil siasatan mendapati pemilik premis tersebut menggunakan air untuk membacuh simen dan kerja-kerja lain," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: