
KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihati orang ramai agar berbelanja secara berhemah sepanjang kempen turun harga yang dijadual berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos depan.
Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, pengguna harus membezakan barangan keperluan yang harus dibeli untuk mengelak pembaziran.
"FOMCA bimbang pengguna akan terpedaya dengan harga jualan murah itu sehingga berbelanja di luar kemampuan iaitu berbelanja melebihi pendapatan bulanan sehingga menyusahkan diri sendiri dan keluarga," katanya ketika di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai kempen penurunan harga barangan secara besar-besaran membabitkan 50 sektor perniagaan di seluruh negara pada sepanjang kempen itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: