Saturday, March 12, 2011

Bercuti dengan Firefly Holiday


MOHD. KHALID (tiga dari kanan) dalam gimik promosi istimewa Firefly Holiday.


BAGI para pelancong yang ingin menikmati percutian dengan jaminan pulangan wang, kunjungilah Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2011 sehingga 13 Mac ini.

Syarikat penerbangan komuniti, FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) misalnya, menawarkan pelbagai tawaran menarik eksklusif untuk pelanggannya melalui pakej Firefly Holiday selama tiga hari sehingga esok.

Menurut Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly, Angelina Fernandez, Firefly yang akan membuka ruang pameran di Dewan 3, Pusat Dangangan Putra (PWTC) sudah tentu mendapat tarikan para pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.

"Kami yakin dengan promosi pada tahun ini. Selain memberi jaminan pulangan wang, kami juga menawarkan pakej istimewa bagi laluan penerbangan Firefly ke Malaysia Timur dan juga destinasi popular yang lain.

"Ia dapat memberi kepuasan kepada pelancong yang mengikuti perkhidmatan kami," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pameran tersebut oleh Presiden MATTA, Datuk Mohd. Khalid Harun.

Antara pakej percutian yang memberi jaminan pulangan wang ialah percutian ke Kota Kinabalu selama tiga hari dua malam (3D/2N) pada harga dari RM239 dan Kuching (3D/2N) dari hanya RM299. Bagi pakej keluarga iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak ke Pulau Langkawi (3D/2N) hanya RM899.

Bagi percutian luar negara pula, tiket ke Koh Samui (3D/2N) dijual dari RM599 dan Singapura Hard Rock Hotel (3D/2N) bermula RM719.

Katanya, harga-harga tersebut tidak termasuk duti lapangan terbang dan caj lain-lain.

"Selain daripada pakej percutian istimewa Firefly Holiday itu, pengunjung pameran juga berpeluang merebut hadiah-hadiah istimewa bernilai lebih RM300,000," ujarnya.

Hadiah berganda ini khas bagi pelanggan Firefly adalah dengan sumbangan Malaysia Airlines, Chartis Insurance, Maxis dan United Overseas Bank (UOB).

Pembeli harian dengan jumlah nilai yang tertinggi juga berpeluang memenangi dua tiket pulang balik bagi penerbangan Malaysia Airlines atau Firefly dan pembeli kedua tertinggi pula boleh membawa pulang sebuah iPad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: