Saturday, January 16, 2010

Sistem rawak dilupus


PARA pelatih PLKN melaungkan '1Malaysia' di Kem PLKN Kem Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar semalam.

KUALA KANGSAR - Mulai tahun ini, pengambilan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan berdasarkan kepada komposisi kaum selaras dengan konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilihan secara rawak peserta PLKN telah dilupuskan dan Kumpulan 1 Siri 7/2010 telah ditetapkan mengikut komposisi kaum iaitu 60 peratus Bumiputera, Cina (28), India (10) dan dua peratus lain-lain kaum.

"Komposisi ini sengaja dibuat bagi menterjemahkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat supaya konsep 1Malaysia dapat dicerminkan dalam pengambilan peserta PLKN.

"Ia bagi mewujudkan interaksi yang mendalam dan dijadikan satu proses asimilasi sosial, agar terdapat komunikasi silang budaya antara peserta bagi memahami perbezaan antara mereka," katanya selepas pelancaran 1Malaysia PLKN di Kem Desa Rimba, Chenderoh dekat sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: