|
Siapa Sabhi Saddi? Pasti tak ramai yang kenal sebab nama itu baru ingin mencuba meneroka bidang seni. Namun pemilik nama itu bukanlah baru kerana sebelum ini dia dikenali sebagai Boy dari kumpulan Esdeco yang pernah bersama-sama Adam AF. Ingat lagi? Boy atau Sabhi, 25, mahu menggunakan nama yang tertera di dalam kad pengenalan kerana apa yang dibawakannya sekarang tidak sama dengan dulu. Sabhi memperjuangkan muzik R&B sebagai pertaruhan bergerak solo.
![]() Imej segak Sabhi Saddi "Secara rasminya Esdeco masih wujud, cuma kami tidak dapat memberikan komitmen kerana masing-masing sibuk. Sekarang saya hanya mahu tumpukan kepada kerjaya solo saya sekarang. Saya sedar saya akan bermula dari bawah semula sebab menggunakan nama baru. "Saya percaya muzik R&B ramai peminatnya. Jiwa saya sebenarnya meminati muzik ini tapi sebab kumpulan dulu memperjuangkan muzik hip hop dan dance music, saya pendamkan dulu minat ini. Semasa bersama Esdeco dulu pun saya sebenarnya sudah ada hasrat untuk merakam album secara solo. ![]() Pertaruh lagu slow Dia menukar imej kerana tidak mahu dibayangi Esdeco, apatah lagi aliran muzik Esdeco dan muzik solonya sekarang jauh bezanya. Sekarang ini banyak pula kemunculan kumpulan dan artis solo yang membawa muzik indie. Sabhi harap kemunculannya dengan muzik yang berlainan akan mendapat tempat. "Sekarang banyak sangat kumpulan muzik indie yang muncul. Kalau kita dengar radio, lagu-lagu mereka yang banyak diputarkan. Saya percaya lagu-lagu R&B perlahan ada penggemarnya. Peminat lagu-lagu slow sebenarnya masih ada, katanya lagi. Masih kekok guna nama sendiri Walaupun Sabhi Saddi ialah nama sebenarnya, namun Sabhi akui dia sendiri kedang-kadang masih tersasul sebab selalu menggunakan nama Boy sebagai ganti diri. Malah semasa berbual dia masih membahasakan diri sebagai Boy. "Saya sendiri sebenarnya kadang-kadang tersasul membahasakan diri saya sebagai Boy kerana sudah terbiasa menggunakan nama itu. Mungkin sebab baru menukar nama... kalau lama-lama nanti saya boleh biasakan diri," jelas Sabhi lagi. Lagu Nadiku dijadikan single pertama yang bakal mengenengahkan namanya. EP tersebut memuatkan lagu-lagu Gemerlapan dan Jalan Pulang. |
Saturday, January 16, 2010
Siapa Sabhi Saddi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: