Saturday, January 16, 2010

Reman Empat Jahanam dilanjut


ANGGOTA polis membawa tiga suspek kes samun sebuah klinik untuk dilanjutkan tahanan reman di Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR - Polis memohon mahkamah supaya melanjutkan tempoh reman terhadap tiga lelaki yang digelar 'Penjahat Empat Jahanam' bagi membantu menyelesaikan kes samun sebuah klinik di Ampang Jaya akhir bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, ia bagi membolehkan polis mengumpul lebih banyak keterangan daripada tiga suspek yang ditahan di Pasir Puteh serta pengesahan gambar yang direkod kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh.

Menurut beliau, polis memohon perintah lanjutan reman itu di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: