Sunday, January 17, 2010

PGLtM versi Inggeris


TIARA JACQUELINA

KALAU sudah namanya Datin Seri Tiara Jaqualine, semua benda yang kecil boleh jadi besar. Semua benda yang orang fikir mustahil, akan berjaya dilakukannya. Itulah dia, Tiara yang memang inovatif dan selalu bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Paling membuka mata banyak pihak adalah saat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) dipentaskan tidak lama dulu.

Diva ingat kembara PGLTM sudah berakhir selepas musim tayangannya tamat dan ia sukses luar biasa.

Rupa-rupanya Tiara dan produksi masih belum puas. Ini kerana Diva dengar cerita mereka akan kembali mementaskan PGLTM dalam versi bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Khabarnya, seluruh tenaga produksi akan duduk semula untuk membikin skrip dengan bahasa Inggeris yang sesuai serta akan melakukan sekali lagi uji bakat untuk beberapa watak muzikal fenomena ini. Hebat!

Diva jadi tak sabar nak menonton PGLTM versi Inggeris untuk menggali bahasa-bahasa Inggeris yang menarik selain rindu untuk melihat kehebatan muzikal ini semula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: