Friday, January 1, 2010

Perebutan juara Idola Kecil bermula


ENAM finalis yang bakal bertanding pada malam esok bersama aliff.

Semua peserta akhir program terbitan TV9 sudah diintai syarikat rakaman

SELEPAS sembilan minggu bertungkus lumus, berjuang di atas pentas, teki teki siapa yang layak bergelar juara Idola Kecil musim kedua terjawab menerusi pertandingan akhir program realiti ini yang dipancarkan secara langsung menerusi TV9 dari Pusat Konvensyen Shah Alam, jam 8 malam.

Enam peserta di peringkat akhir ialah Azzam, Dayana, Maulud, Arill, Tasha dan Ain. Biarpun masih kanak-kanak, namun melihat kepada bakat serta kesungguhan, tidak dapat dinafikan apa yang mereka miliki itu menyamai golongan dewasa.

Malah, dek kehebatan itu membuatkan ada syarikat rakaman berminat menjadikan artis naungan mereka. Ini diakui oleh Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9 , Rozaina Zainul Abidin sambil mengatakan ada peserta sudah diintai syarikat rakaman Sony Music.

“Buat masa ini perbincangan sedang dijalankan. Besar kemungkinan, bukan saja juara tetapi mungkin kesemuanya berpeluang menjadi artis rakaman. Mungkin album itu nanti dalam bentuk kompilasi. Semua itu bergantung kepada hasil perbincangan nanti,” katanya pada sidang media Idola Kecil 2 Akhir di Harbour Deck, Sunway Lagoon Resort, baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, setiap finalis berpeluang menyanyikan lagu pilihan mereka sendiri pada pertandingan itu nanti.

“Antara komposer yang menyumbangkan lagu untuk peserta akhir Idola Kecil ini nanti ialah Alfa Booty, Delly, Affizal, Ajai, Rumie Booty, Intan dan Marlin.

“Sebelum itu, kami berbincang dan menilai terlebih dulu sama ada mereka sesuai menyanyikan lagu itu ataupun tidak. Tidak mustahil lagu ini juga akan dimuatkan dalam album mereka nanti,” katanya.

Jelas Rozaina lagi, selepas program ini berakhir, semua peserta akan diserapkan dalam beberapa program khas terbitan TV9, seperti Adik di 9 dan drama bersiri Idola Kecil.

“Pemenang Idola Kecil musim pertama, Adda bakal menjadi pengacara program Adik di 9. Manakala semua peserta musim pertama dan kedua terbabit dalam drama Idola Kecil The Series, kesinambungan drama Idola Kecil - Cinderella Story yang disiarkan pada Hari Raya lalu.

“Disebabkan sambutan menggalakkan, kami merancang menerbitkan kembali drama itu dan ceritanya nanti diperkembangkan mengikut kesesuaian watak,” katanya yang menafikan mereka mengabaikan peserta yang pernah terbabit dalam program itu sebelum ini.

Menurutnya, disebabkan yakin dengan kemampuan semua finalis terbabit, pihaknya tidak mengundang sebarang penyanyi terkenal.

“Mereka juga setaraf artis popular sedia ada. Nyanyian dan cara persembahan mereka sudah cukup untuk menghiburkan penonton,’ katanya.

Mengulas corak penjurian pada malam itu nanti, beliau berkata pemenang dinilai berdasarkan pemilihan juri.

“Kami tidak menggunakan sistem SMS. Semua urusan itu ditentukan hakim atau juri profesional,” katanya.

Juara Idola Kecil bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi, hamper dan sijil penyertaan; naib juara wang tunai RM5,000, hamper dan sijil manakala tempat ketiga wang tunai RM3,000, trofi hamper dan sijil. Selain itu, penaja utama, Dutch Lady turut menyediakan anugerah khas iaitu Idola popular yang menawarkan wang tunai RM5,000.

Program itu akan dikendalikan pengacara tetapnya, Aliff Satar

Apa kata peserta

  • Muhamad Fhazril Fesol (Arill)

    “Walaupun kerap menangis, tapi itu bukan cara saya untuk menagih simpati juri. Apa yang penting saya akan buat yang terbaik malam itu.

  • Muhammad Azzammuddin Lop Hamzah (Azzam)

    “Saya mempergiatkan latihan vokal dan persembahan. Pencabar terdekat adalah Dayana kerana dia mempunyai mutu vokal yang hebat,”.

  • Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah(Dayana)

    “Sebagai persediaan, selain latihan, saya juga memastikan mendapat rehat secukupnya dan berlatih menari.”

  • Zur'Ain Abd Rahim (Ain)

    “Sama seperti peserta lain, Ain juga membuat latihan vokal, berlatih menari dan cukup tidur. Ain rasa pesaing yang cukup hebat adalah Azzam dan Dayana.

  • Nurul Natasha Jaffri (Tasha)

    “Rasa berdebar juga kerana kebanyakan peserta hebat-hebat belaka. Tetapi saya akan buat yang terbaik malam itu.”

  • Mohd Farid Mohd Azmi (Maulud)

    “Saya tak anggap komen positif yang selalu diberikan juri membuatkan saya terpilih ke peringkat akhir. Ada kala saya juga mendapat komen negatif daripada juri.”
  • 3 comments:

    1. sye akn trs menyokong sume idola kecil 2 untuk mncpai cite2 korg k....all the best for you all...

      ReplyDelete
    2. dayana sye hrp awk bk fanz club sbb nk bknln lbh rpt.......klu blh ar,tpi pleeezzzzzzzzz tlg bk

      ReplyDelete
    3. nak no azzam ley x??????????kwn2 akak kat skul sume minat azzam tau.......bile azzam nk datang kat kelantan??????????love u soo much azzam....muah...ade time 2 an kta ore tertipu ingt no azzam tpi ade bdak yg kasi n ckp ni no azzam...!!!!!!kita ore trus contact...n selama 4 minggu bdak 2 mnyamar akhir nye trbongkar gup!!!!!!!!!!sume bdak kat skul ckp ktaorg suke kat azzam smpi snggup wax pe...bye...love u...

      ReplyDelete

    Tinggalkan Komen Anda Sini: