![]() |
| KERATAN Kosmo! semalam. |
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata, warga emas berusia 60 tahun itu kini dilihat lebih tenang dan tidak lagi marah memikirkan nasib malang menimpanya.
Katanya, Othman sudah mula membiasakan diri tinggal bersama penghuni lain di rumah penyayang tersebut, selain penampilan beliau yang seperti tidak terurus sebelum ini kini lebih sempurna.
"Dirinya yang sebelum ini berjambang telah dicukur dan rambut juga dipotong agar kelihatan rapi.
"Malah kami juga sudah membawa beliau menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk penyakit buah pinggangnya yang didapati serius," katanya ketika dihubungi.
Kosmo! semalam melaporkan mengenai seorang bapa, Othman Samah, 60, naik marah apabila meminta supaya mayatnya tidak dihantar pulang ke kampung halaman ekoran mendakwa 'dibuang' anak sendiri pada Khamis lalu.
Othman yang merupakan seorang petani dan menetap di Kodiang, Kedah ditinggalkan anaknya yang sepatutnya menjemputnya semula selepas dia selesai menjalani rawatan di sebuah pusat hemodialisis di Seriab, dekat sini.
Bagaimanapun menurut Ku Chik, usaha pihaknya untuk meminta agar warga emas itu dipelihara keluarga sendiri tidak kesampaian apabila kesemua empat anak dan dua bekas isterinya yang masih hidup masih enggan menerima Othman.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: