
KASIH sayang bintang Hangover, Bradley Cooper terhadap dua ekor anjingnya memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Dia memanjakan anjingnya bernama Charlotte dan Sampson seperti anaknya sendiri.
Terbaru, Bradley telah membawa Charlotte dan Sampson ke sebuah hotel eksklusif yang menyediakan perkhimatan mengurut dan membersihkan bulu.
Satu sumber memberitahu, Bradley banyak ke luar negara kebelakangan ini kerana urusan kerja jadi dia rasa bersalah terhadap dua ekor anjingnya itu. Khidmat spa untuk anjing tersebut membuatkan dia berasa lega kerana dapat memanjakan mereka.
Dalam rawatan eksklusif itu, Charlotte dan Sampson diberikan mandian aromaterapi untuk membersihkan bulu selain urutan badan untuk menenangkan mereka.
Bradley bukanlah satu-satunya selebriti di Hollywood yang memanjakan haiwan kesayangan mereka dengan rawatan mewah.
Tahun lalu, Jennifer Aniston dilaporkan membayar AS$250 (RM860) untuk perkhidmatan akupuntur anjingnya yang bernama Norman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: