LINDSAY LOHAN ingin memulakan tahun 2010 tanpa kekasih dalam hidupnya.
Bintang Mean girls itu berkata, dia merancang untuk memulakan tahun ini bersama peminat dan keluarganya sahaja.
"Saya mahu mulakan tahun baru bersama keluarga dan teman rapat, tanpa kehadiran kekasih dan 'drama' lainnya," kata Lohan.
Dia juga turut memuat turun gambar terbarunya sempena tahun baru di laman web Twitter.
Gambar-gambar hitam putih itu menunjukkan Lohan seolah-olah berada di dalam sebuah pesawat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: