Tuesday, January 12, 2010

Linda Onn ke Suria FM?

Apabila pengacara Linda Onn mengesahkan tidak menyambung kontrak dengan rangkaian radio AMP, Astro, makin lebat khabar mengatakan Linda akan berhijrah ke stesen swasta yang semakin meningkat naik, Suria FM.

Benarkah? Tunggulah pada 13 Januari ini sebab Suria FM sudah mengundang media menghadiri sidang media pasal line up baru deejay yang akan bertugas di stesen itu. Adakah nama Linda akan tersenarai?

Linda Onn

Linda Onn tinggalkan AMP Radio

Baik pihak Suria mahupun Linda Onn, mereka belum bersedia untuk menghebahkannya. Pihak Suria mengesahkan akan ada deejay baru yang bakal menyertai stesen itu serta kedudukan deejay sedia ada akan berubah waktu siaran. Namun segala-galanya akan dijelaskan pada Rabu ini.

Linda mengakui menyayangi stesen radio lamanya namun dia harus membuat keputusan demi masa depan.

"Dulu saya sangat berat meninggalkan radio Era FM, namun ada orang yang mahu memindahkan saya ke Sinar FM. Saya mengesahkan tidak menyambung kontrak dengan AMP," kata Linda.

Tunggulah... ke mana-mana pun tempatnya tugas deejay sama sahaja, iaitu menyampaikan maklumat dan menghiburkan pendengar mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: