
MICHAEL TAY (kanan) bersama Angel Wong ketika melihat sebuah kenderaan Singapura dicuci di sebuah pusat cuci kenderaan di Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Dakwaan media Singapura yang mengatakan kenderaan negara tersebut menjadi sasaran pencuri ketika mencuci kenderaan di beberapa pusat cucian di Jalan Abdullah Tahir di sini adalah tidak berasas.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob semasa dihubungi berkata, pihaknya hanya menerima satu laporan pada tahun lalu, sekali gus menafikan dakwaan yang dilaporkan oleh media tersebut.
"Kami masih menyiasat kes berkenaan termasuk mengenal pasti sama ada kes tersebut melibatkan orang dalam," katanya yang enggan mengulas lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: