
NEWARK, Amerika Syarikat (AS) - Para penumpang di sebuah terminal Lapangan Terbang Liberty Newark di sini terpaksa diimbas semula manakala beberapa jadual penerbangan turut tergendala kelmarin disebabkan oleh gelagat seorang lelaki.
Lelaki itu berjalan memasuki satu bahagian di terminal berkenaan melalui pintu keluar tanpa menjalani saringan keselamatan.
Suasana di lapangan terbang itu kecoh apabila penumpang hanya dibenarkan memasuki pesawat masing-masing kira-kira enam jam selepas lelaki itu dilihat berjalan melepasi pemeriksaan keselamatan.
Jurucakap Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), Ann Davis berkata, lelaki berkenaan berjalan memasuki laluan keluar di Terminal C kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan saringan keselamatan ke atas penumpang dihentikan buat sementara manakala pihak berkuasa memeriksa rakaman kamera keselamatan untuk cuba mengecam individu terbabit.
Sejumlah penumpang yang telah memasuki bahagian selepas pemeriksaan di terminal itu turut diarah keluar dan terpaksa menjalani semula saringan keselamatan.
Davis berkata, terminal berkenaan kemudian diperiksa secara terperinci bagi memastikan tiada bahan letupan atau objek berbahaya dibawa masuk sebelum penerbangan berlepas.
Pihak TSA gagal menemui lelaki itu tetapi menyatakan saringan semula itu perlu bagi memastikan setiap orang diperiksa walaupun proses itu menyebabkan kelewatan.
Pihak berkuasa AS melaksanakan sistem saringan keselamatan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: